RISK DISCLOSURE

Segala nasihat dan maklumat yang kami kongsikan hanya pandangan pihak kami sendiri sahaja. Ia tidak mengambil kira situasi peribadi anda. Anda tidak digalakkan untuk membuat apa-apa keputusan berdasarkan informasi yang kami bekalkan tanpa analisa anda sendiri. Segala bahan-bahan yang TFS KAYAMUDA SDN BHD kongsikan sama ada dalam bentuk buku, video, artikel dalam internet dan sebagainya hanya bertujuan untuk pembelajaran sahaja. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian mahupun keuntungan yang berlaku terhadap akaun anda. Anda harus menyedari bahawa forex trading mempunyai potensi keuntungan dan kerugian yang besar. Anda perlu menerima segala potensi risiko dan ganjaran yang anda akan mengalami dalam perdagangan Forex. Sila gunakan modal yang anda mampu sahaja dalam segala pelaburan ataupun perdagangan. Segala nasihat dan pandangan yang kami kongsikan tidak harus dijadikan keputusan perdagangan dan pelaburan anda. Harus diingatkan bahawa prestasi terdahulu bukanlah petunjuk prestasi masa hadapan, dan setiap trader akan mempunyai hasil yang berbeza walaupun menggunakan ilmu dan kaedah yang sama. Harap maklum. Terima kasih.

PRIVACY POLICY

 

Maklumat Yang Kami Guna

Segala maklumat mengenai aktiviti anda terhadap laman sesawang kami termasuk emel anda atau maklumat-maklumat lain yang anda bekalkan ketika membuat pendaftaran untuk menggunakan servis dari kami. Segala maklumat yang anda bekalkan akan disimpan dan digunakan hanya untuk memenuhi permintaan anda atau berkomunikasi dengan anda.

Pendaftaran

Apabila anda membuat pendaftaran untuk servis kami, tfspriceaction.com akan mendapatkan maklumat anda seperti nama dan alamat emel dari anda. Anda akan melakukan pendaftaran pada e-borang yang kami sediakan.

Maklumat Agregat & Cookies Policy

Dari masa ke semasa, kami akan kumpulkan maklumat umum yang bukan peribadi, maklumat dari segi statistik seperti jumlah pelawat laman sesawang pada hari tersebut, jumlah masa yang digunakan oleh pelawat-pelawat di laman sesawang kami dan juga hyperlink mana yang mereka “klikkan”. Kami kumpulkan maklumat-maklumat tersebut dengan menggunakan teknologi “cookies”. Kami akan gunakan maklumat-maklumat tersebut untuk tujuan analisa terhadap laman sesawang kami. Anda harus tahu bahawa maklumat agregat ini tidak dapat mengenal pasti identiti anda, pelawat-pelawat mahupun ahli-ahli kami di laman sesawang ini.

Kongsi Maklumat

Kami tidak akan kongsi maklumat anda kepada pihak ketiga kecuali sesetengah pihak yang akan menguruskan servis pengkhususan seperti memproseskan data atau servis dari segi teknologi. Kami akan kongsi maklumat dengan pihak-pihak tersebut jika diperlukan. Namum begitu, mereka tidak diizinkan untuk simpan sebarang maklumat bagi sebarang tujuan.

Surat Berita dan Promosi

Kami akan hantar surat berita atau promosi mengenai servis kepada semua yang membuat pendaftaran pada laman sesawang kami. Namum begitu, anda boleh hentikannya dengan memilih “unsubscribe” pada emel yang anda terima daripada kami.

Perlindungan Maklumat

Kami akan berusaha melindungi maklumat anda. Untuk proses pembayaran, kami menggunakan servis pihak ketiga bernama Onpay untuk proseskan maklumat pembayaran. Segala maklumat sensitif seperti kad kredit dan kad debit akan di-encrypt oleh pihak onpay.my (Sila rujuk https://onpay.my/policy untuk maklumat lanjut).

Kami tidak akan jualkan maklumat anda kepada pihak lain dan kami akan melindungi maklumat-maklumat anda dengan menggunakan “firewall” dan juga teknologi-teknologi melindungi maklumat. Namun begitu, tidak ada 100% kepastian dalam keselamatan pengaliran data dalam internet. Oleh itu, kami tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarangan kecurian, kerosakan atau kebongkaran maklumat peribadi anda.

Perubahan Polisi

Segala terma dalam polisi ini akan diubah suai dari masa ke semasa. Pihak kami galakkan anda supaya sentiasa mengambil perhatian terhadap polisi kami. Jika anda menggunakan servis dari kami, anda akan setujui segala perubahan polisi secara automatik.

TERMA DAN SYARAT

Beli Dengan Selamat

Segala transaksi kad kredit atau debit di laman sesawang kami adalah dilindungi. Jadi, anda boleh menikmati pembelian atas talian dengan selamat.

Polisi Pemulangan (Refund)

Kami ingin anda berpuas hati dengan servis kami sepenuhnya. Jadi anda mempunyai hak untuk menuntut pemulangan wang penuh dalam 90 hari selepas pembayaran. Jika anda ingin batalkan servis kami, anda boleh terus hubungi kami. Segala permintaan untuk pemulangan wang selepas 90 hari tidak akan dilayan.